
make our life simple :) any complain ?
assalamualaikum dan anyeonghaseyo . baru terasa nak update . yelah bila keluar mana-mana baru nak update . haha . takde modal en .
chopp aku nak promote . blaus yang aku pakai macam dalam gambar atas ni aku beli kat Qsara Shop . butik ni kat prima saujana je . kalau nak beli online pun boleh kat qsara punye fb . harga dia murah , blaus dia labuh dan menutup aurat . corak pun cantik2 . kalau nak tau adik ipar kepada owner butik ni adalah pengetua samten , Bonda Siti Zubaidah Ahmad . unbelievable :D ok taknak cakap banyak . boleh singgah blog dia or fb page dia :)
haritu 94 Gee pergi Jom Masuk U kat PWTC . ade majlis penutup kat situ . dia ade beberapa rombongan , cehwah . yang budak cheras terus pergi pwtc iaitu kem jia maiza pastu rombongan dari samten iaitu nadia chepah teha eda ucen dan aku . last rombongan dari budak semenyih plus bangi sorang iaitu bella wan aliafar aliatiqa . tah pape tah ayat rombongan tu =='
ok nak dijadikan cerita ayah nadia nak bagi tumpang kereta dia sampai pwtc . sape taknak en ? hihi . tapi kitorang ni over ramai pulak . 5 orang ! tapi lantak lah . orang dah offer punya pasal . bila ayah dia dah sampai kat bustop samten tu menggelupur lah kitorang naik . haha . aku masuk dulu sebab taknak menanggung seksa duduk tengah . haha . tetiba ayah nadia cakap "yang besar duduk depan lah , akak(nadia) duduk belakang" . sape yang paling besar ? sape lagi kalau bukan chepah . hihi . kitorang sume tahan gelak je weh ! lagi2 si teha tu . dia mana boleh tahan gelak . haha . dalam kereta agak riuh sikit . sape tak kenal 94 Gee :D ok pendekkan cerita kitorang pun sampai kat pwtc . thanks pakcik halim !
kat pwtc kitorang cari si maiza ngan jia . dorang kata jumpa kat mcd mall sebelah sana tapi masalahnye kitorang dah masuk pun pwtc tu . so aku ngan teha nak pegi lah jemput dorang kat sana . tapi masalahnye ! pintu nak keluar pun tak jumpa weh ! haha . mencanak je cari tapi takde lah lama mana . yelah masing2 dah lupa , haha . last2 maiza call biar dorang yang masuk dalam , hihi . dah jumpa memekak2 bagai kat dalam tu tunggu pulak kem . dalam 10 minit dia sampai . so tggal budak bangi ngan semenyih je lah . kitorang call mesej ape sume tak dilayan . bak kata teha " mesti dorang lambat sebab tu taknak jawab" . hahaha , sorry korang :D saje nak kurang ajar kejap hihi .






pastu kitorang pun nak masuklah pameran tu . amboi macam mana lah boleh salah masuk pergi shoe festival woi ! haha . punya lah dah siap berlekat2 kat bahu dia punya sticker festival tu baru perasan kitorang salah masuk haha . masuk pameran tu takyah cakaplah weh dia punya sardin dia . lelaki perempuan berlaga je macam pesta buku lah . standart pwtc lah kan hahaha .
mula2 jalan ramai2 . lama2 berpecah . dah tggal aku ngan jia je . haha . kitorang pun jalan je lah usha2 je en . ramai sangat ahh rimasnye ! dah terlampau bosan kitorang pun ape lagi join shoe festival tu lah . haha . dua orang je :D kasut2 kat situ memang sale gila weh . tapi dah sale pun tak cukup jugak duit nak beli (sebenarnya lagi sayang dut dari kasut :P) . taktau nak buatpe sangat kitorang snap2 gambar je . huhu .ade banyak sebenarnye tapi ni je mampu upload , huhu .
then kitorang dah cuci2 mata tetiba terserempak dengan budak semenyih+bangi kat situ . boleh hai hai je . pastu bla . macam terkesima kejap . haha . tapi kitorang pun nak bla dah . nak masuk balik pameran U tu .






terserempak dengan alya bal kat mall :)

nadia , candid ^^

semangatnye gadis-gadis ayu kita ni isi borang :D

snap background UTP pun jadi lah -.-
ok pendekkan lagi cerita . perut pun dah berbunyi bagai . kitorang pun gerak pergi mall tu nak makan . sampai2 sana tengok2 dah azan dah pun . so better solat dulu kan . lepas dah solat ape sume , tunggu sorang2 habis solat yang nak dekat setengah jam tunggu . haha . pastu decide lah nak makan kat mana . melihatkan keadaan mcd kat situ yang sangaaat sesak kitorang pun rasa macam nak pegi ts je . semua macam dah setuju nak pergi ts tetiba chepah ngan nadia tak dapat ikut . dua-dua parents tak kasi . sedih jugak dorang tak dapat join . pastu jia ngan kem pulak ajak pegi jusco maluri .senang sikit (lagipun jia kata nak belanja sushi :P) so at last aku ucen kem jia pun pegi lah maluri :) THE END ~