nothing to display :)


assalamualaikum dan anyeong guys :)
*actually maiza dah post dulu :D
harini hari jumaat . bertuah empunya gambar atas ni birthday dia hari penghulu segala hari . sori ayat keling oh . macam biasa lah . 94gee tak sah kan kalau tak update blog pastu post pasal birthday kawan . betapa kuatnye persahabatan kami semua :')
so wanna wish sana helwa ya zamil :) sangil chuka he . semoga menjadi ibu mithali ! haha . karakter dia macam seorang ibu , kan kan ? dengan jawanye , pehh ! tak tumpah macam mak kitorang lah kat samten tu . peace sikit (Y) <-- first time buat sign peace ni :P jadilah seorang yang berguna dan anak yang solehah . jaga diri jaga solat jaga aurat ok chingu ! i think you get the picture was like that already , am i right ? so much rindu penolong ketua kelas yang sangat penyayang ini . sayang kau wahai Athirah Zailani :*
then nak cakap tahniah kat nadiah sebab blog dia dah baruuu . hoho . nice background :) and jah kau pakai link baru ke ? tak jumpa pun bila search faizahtea tu . bagi lah link baru kau yeee
ok so post kali ni panjang sikit . as usual online kat tempat keje lah . customer time-time macam ni ciput je . macam lah korang tau aku post sekarang pukul berapa en . haha . sekarang pukul 3.30 petang . memang tak ramai pun . budak sekolah balik kang baru ramai . topiknye adalah Malaysia dan Korea :)

KOREA

idol group korea --> B2ST

macam kelakar kan topik ni . aku baru jadi peminat agak tegar korea sejak form 4 . so tak banyak benda yang aku tau . tapi sikit-sikit tu bolehlah . sepanjang aku minat korea kpop segala benda tu *cehh* aku rasa macam korea ni unik . banyak bezanya dengan negara kita . lets see in positive view lah . antara yang unik tu adalah :
  • cara diorang bertegur sapa . kalau boleh tunduk 180 darjah weh ! sambil cakap anyeonghaseyo :) cara sapaan ni yang biasa aku tengok bila orang muda sapa orang tua or junior to sunbae (senior) . dorang hormat sesama sendiri ok . so good lah :)
  • friendship orang lelaki korea ni lain dari orang lelaki malaysia . rapat sangat ! macam tak kisah nak suap-suap makanan , nak hug ke , kadang-kadang kiss pun ade ! persahabatan lelaki korea ni macam orang perempuan . punyalah sayang dorang kat chingu (kawan) dorang tu :)
  • another thing is dorang punya lifestyle . bersila kat lantai and makan kat meja (orang malaysia panggil meja jepun) . macam cantik je oh dorang susun lauk-lauk dorang tu such as kimchi , gimbap , bubur seafood (macam dalam bof) and macam2 lagi . bila tengok dorang makan macam berselera gila . macam sedap je makanan tu . aku selalu tengok korean cuisine and dining . macam kelakar aku tengok kan tapi best lah . then time dorang kat dapur nak masak wajib ok pakai gloves . rata-rata kaler pink . memang tu je kot kaler yang ade kat supermarket dorang :P tapi bagus lah . kebersihan separuh daripada iman betul tak ?
  • pastu ade sesetengah orang korea pakai selipar rumah dalam rumah dorang . taktau nak panggil ape . kalau sorang dalam rumah tu pakai sume mesti pakai . dengan tetamu2 sekali . omo ~ nampak kemas sangat :)
  • perkataan kamsamnida yang bermaksud terima kasih pun sangat kerap dorang sebut . mana-mana lah . pasar ke restoran ke berterima kasih kepada penjual memang dorang selalu amalkan .
  • beralih kepada hiburan , harhar . benda ni yang paling aku minat dalam korea . bak kata mak aku spm aku 12A . lagi satu subjek kpop . haha . tapi aku takde lah A nye . A+ layak untuk aina opie rabi mai :) ok patah balik . kpop memang lain dari yang lain . yang ni paling unik skali kat korea . bagi aku lah sebab jarang artis boleh menyanyi sambil menari dengan confident ok . kat korea boleh dikatakan hampir sume menari time performance dorang . hebat-hebat kot . popping locking breakdance shuffle kejadah lagi tah memang dorang selitkan time dorang perform . tu yang kpop is over the top tu :D setiap kali dorang comeback mesti dorang akan perform and promote diorang punya lagu . dorang akan promote kat kpop countdown inkigayo , music bank , m! countdown , music core , and ape tah lagi . setiap minggu kot . bersungguh-sungguh kan dorang ?
  • tapi tak dinafikan lah artis perempuan korea agak seksi . everyone knows right . haha . dorang sebenarnye nak tunjuk kaki dorang tu je . kaki dorang kan panjang dan cantik . putih lagi tuuu ! haha . hmm artis2 korea jugak suka buat muka aegyo (comel) . dorang dah lah hensem plus memang dah already cute pastu buat aegyo lagi . heyy menduga iman betul . huhu . yoseob punya aegyo paling cute <3 even muka comel macam tu pun dorang ade six packs ok . bonus tu !
  • biasa dah kan movie drama ape sume . ade jugak kat malaysia . tapi korea ade yang uniknya . dorang ade reality show or talkshow yang daebak (gempak) . contoh macam running man , 1night2days , lets go dream team , oh my school , happy together , star king , strong heart , dan banyaaaak lagi . itu yang aku tengok lah dekat kbs ngan One . korang try lah tengok jugak . best weh *sengihsengih :D
tu je kot yang aku tau pasal korea setakat ni . tak banyak benda aku tau . aku takdelah tau sangat . baru berjinak-jinak lagi . haha . tapi nak sangat pergi korea . one fine day , i'll make it sure . insya Allah .

MALAYSIA

max 24:7

ehem ehem . saya sebagai orang malaysia bukan nak merendah-rendahkan industri negara saya sendiri . cuma nak tunjukkan perbezaan antara orang malaysia ngan orang korea . diharapkan takde sesape terasa sebabkan post saya ini . antara yang bezanya :
  1. cara kita tegur sapa . kita orang Islam kan , sapa lah dengan assalamualaikum . ni tak , hoi weh hey yang kita guna . orang kafir lantak lah . kenapa mesti ikut dorang ? yang baik kita amek yang buruk tak perlu kot :)
  2. friendship antara lelaki kat malaysia ni . amboi sweet sangaaat ! --' (sambil buat gaya macam afdlin shauki) . masya Allah . elok-elok orang tu ade nama suka-suka je panggil dengan panggilan yang tak elok atau senang cite mencarut . tu belum lagi kalau orang tu tak ajak keluar ke . cehh touching bukan main . sambil mencarut-carut kat fb tu . pelik aku . pastu kutuk-kutuk orang korea cakap dorang gay lah . macam pondan . hello , kalau sayang kawan macam tu lah . korang ape tau ? sorry over pulak ~ jangan suka-suka nak judge orang ok :)
  3. next is budaya berterima kasih . ade sesetengah orang memang tak lekang cakap terima kasih tapi ade sesetengah orang tak . susaaaaaahnyeeeee nak cakap . beraaaaaat gilaaaa . macam ade emaaaaaassss je kat mulut tu . berapa harakat lah aku taip ni , haha . ok susah whoa . bukan tu je siap buat muka lagi tu . sabar je lah . kata orang Melayu terkenal dengan sopan santun ?
  4. sorry to say lah tapi aku tak berapa suka lah copycat . peniru . pencetak . semua lah . nak jadi kpop so orang Malaysia buat m-pop . demi menaikkan lagi nama industri hiburan Malaysia . tak perlu lah ye . kenapa tak buat dari sudut ilmu agama ? kenapa perlu dari sudut hiburan ? musykil aku . so group m-pop tu gambar yang kat atats tu lah . dapat kritikan hebat jugak tu . takyah lah tayang-tayang body sangat . bukan cantik pun . takde sixpack pun . haha . senang cite aurat kan .
ok tu saje yang aku boleh bezakan . aku taknak cakap lebih-lebih . takut ade pihak yang tak berpuas hati . walaupun sedalam mana kita minat kat something tu , remember put Allah and Islam first . jangan terlampau fanatik sampai jadi orang tak waras . by the way , semua-semua yang aku cakap kat atas ni tak semestinya semua orang buat kan . orang Malaysia ramai jugak yang baik-baik , and orang Korea ade jugak yang jahat . ha cakap pasal orang jahat , teringat kes flasher ! kat kawasan rumah aku ade flasher kot . dia tanya arah jalan . weh geli lah . tak malu ke show off kat orang kau punya tu ? bak kata bos aku apsal tak berlakon je filem blue ? hahaha . so aku agak cuak kengkadang . haritu ade orang tanya aku kat mana sekolah . nasib baik tak tunjuk pape kan . haha . ok lah setakat ni saje . time for closing kedai . assalamualaikum dan selamat malam :)
 
Shiny Turquoise Star